Friday 1 April 2011

Malek Noor masuk ICU

Datuk Malek Noor

Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) akibat sakit jantung ketika baru lima minit beraksi pada perlawanan amal bola sepak antara pasukan pilihan Menteri Besar Perak dan pilihan Bekas Pemain Kebangsaan di Stadium Perak, malam kelmarin.

Penyandang Mr Asia kategori heavyweight enam kali itu diberi bantuan kecemasan kira-kira jam 8.45 malam, selepas mengadu pening dan berpaut pada jaring gol ketika menjaga gawang pada perlawanan persahabatan yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Berikutan itu, dia diberi rawatan kecemasan sebelum diusung keluar oleh pasukan perubatan bagi mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Bagaimanapun, Malek terpaksa dikejarkan ke HPI sejam kemudian selepas tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Perunding Kardiologi HPI, Dr Chan Chong Guan, berkata keadaan Malek semakin stabil dan bertambah baik selepas menjalani ‘angioplasty’ (pembentukan semula pembuluh darah melalui pembedahan), namun perlu dipantau rapi di ICU selama dua hari kerana bimbang serangan jantung mungkin berlaku lagi dalam tempoh itu.





No comments:

Post a Comment