Wednesday 6 April 2011

Selangor rampas takhta liga


Harimau Muda vs Selangor







Jaringan Amirul Hadi Zainal Noordin enam minit sebelum tamat permainan membolehkan Selangor melonjak merampas status pendahulu Liga Super daripada Kelantan yang menggigit jari, malam tadi.

Selangor bangkit menewaskan skuad Harimau Muda A 2-1 di Stadium Shah Alam untuk menghimpun 20 mata manakala Kelantan tercicir ke tangga ketiga di belakang Perak selepas kecundang kepada T-Team 4-3 di gelanggang lawan buat merancakkan saingan liga 14 pasukan, musim ini.
Perak melonjak ke tangga kedua selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Perlis di Ipoh. 

Fandi Othman mengejutkan Selangor menerusi jaringannya seawal minit ketujuh namun Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan untuk pelawat pada minit ke-81 sebelum Amirul muncul wira tiga minit kemudian. 


Di Stadium Sultan Ismail, pakar sepakan percuma tuan rumah, Zairo Anuar Zailani melencongkan sepakan percuma cantik melepasi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-29 dengan Norfarhan Muhammad menambah gol kedua apabila menggelecek lima pertahanan sebelum meledakkan rembatan kaki kanan seminit sebelum rehat. Indra Putra Mahayuddin melebarkan jurang pada minit ke-39 dan Haris Safwan memuktamadkan keputusan pada minit ke-79 manakala Kelantan menyalakan api kebangkitan seketika menerusi Danial Fazly Abdullah (m-62 dan 85) dan S Chanturu pada minit ke-64. 

Di Stadium Paroi, Mohd Azraai Khor Abdullah masih tercari-cari kemenangan pertamanya selepas mengambil alih sebagai pengendali Negeri Sembilan apabila barisan bimbingannya kecundang 0-1 kepada Kuala Lumpur dengan menerusi jaringan Badrul Hisyam Azmi seawal minit kelima. 

Di Stadium Darulaman, dua gol dalam tempoh dua minit menghukum Kedah yang gagal bangkit meskipun Khyrill Muhymeen Zambri meloloskan diri untuk menjaringkan gol pada babak kedua apabila tewas 1-2 kepada Johor FC. Mohd Rashid Mohd Aya melencongkan bola dalam kawasan bahaya pada minit ke-38 disusuli rembatan cantik Rezal Zambery Yahya dengan jaringan Khyrill pada minit ke-52 gagal mengubah keputusan. - BH



No comments:

Post a Comment