Jurulatih skuad T-Team, Yunus Aliff (gambar) menafikan pasukan bimbingannya tidak serius dalam beberapa perlawanan Liga Super musim ini.
Katanya, dia hairan apabila ada pihak mentafsirkan barisan pemain T-Team sebagai lesu setelah pasukan itu naik di tangga kesembilan daripada kedudukan kedua tercorot liga.
"Kita telah mengambil kira pelbagai faktor seperti kecederaan yang dialami beberapa tonggak utama. Namun, ia tidak akan dijadikan alasan kenapa perlawanan tidak menyebelah T-Team.
"Sekiranya kita disifatkan sebagai pasukan 'main-main', agak mustahil untuk kita rebahkan pendahulu liga, Selangor serta Kelantan yang kini berada pada kedudukan ketiga selepas Terengganu," katanya.
Mengenai persiapan menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini, Yunus mengingatkan pemainnya supaya tidak berlagak sebagai 'jeneral' apabila turun ke gelanggang.
Mengenai desakan beberapa pihak supaya dia meletak jawatan berhubung prestasi buruk itu, beliau menganggap ia sebagai perkara biasa yang perlu dilalui oleh semua jurulatih.
"Namun, saya menyerahkan kedudukan ini kepada pihak pengurusan kerana mereka yang ambil saya bekerja," katanya.-KOSMO
No comments:
Post a Comment