Saturday 9 April 2011

Kedah bangkit!!


Penalti Baddrol Bakhtiar pada babak pertama menyaksikan Perlis terus dirundung malang dalam pertemuan sesama utara yang berpihak 1-0 kepada Kedah di Stadium Utama, Kangar malam tadi. 

Pada pertemuan tunggal Liga Super itu, Baddrol tenang menyepak ke kiri penjaga gol, Mohd Amirul Rosli pada minit ke-30 dengan Amirul sebelum itu menjatuhkan pemain sayap, Mohd Khyrill Muhymeen Zambri dalam kawasan bahaya.


Kemenangan itu bagaimana pun tidak mengubah kedudukan Kedah yang kekal di tempat keenam, namun kekalahan itu, yang ketujuh sehingga kini menyaksikan Perlis masih belum merekodkan kemenangan selepas 10 perlawanan.-BH


No comments:

Post a Comment