Monday, 11 July 2011

Siapa jadi pilihan K. Rajagopal??

Sharbinee Allawee Ramli

Khairul Fahmi Che Mat


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang masih hangat dengan kejayaan Kelantan menjuarai Liga Super minggu lalu, bersedia memikul cabaran skuad Piala Dunia menentang Singapura selepas terlepas aksi di Taiwan sebelum ini. 

“Kecederaan bahu saya beransur pulih dan saya sedia memikul tanggungjawab pada pertemuan pusingan kedua kelayakan menentang Singapura, 23 Julai ini,” kata tonggak skuad Olimpik negara ketika menewaskan Pakistan dan Lubnan pada dua pusingan awal kelayakan.

“Tetapi saya serahkan kepada ketua jurulatih (Datuk K Rajagobal) untuk membuat keputusan kerana Sharbinee (Allawee Ramli) juga berada pada tahap terbaiknya ketika menentang Taiwan.

“Memang ada persaingan dalam skuad kebangsaan sekarang, masing-masing bekerja keras merebut tempat tetapi ini persaingan sihat untuk bola sepak negara. Apa jua keputusan jurulatih, ia berdasarkan aspek taktikal dan kepentingan pasukan.

“Saya sendiri akan bekerja keras untuk memastikan prestasi saya berada pada tahap terbaik. Dua perlawanan persahabatan menentang Arsenal (Rabu) dan Liverpool (Sabtu) menjadi medan ujian terbaik sebelum bertemu Singapura.

Sepanjang kempen kelayakan Olimpik, Fahmi hanya dibolosi sekali ketika bertemu Lubnan pada timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun aksi cemerlangnya sepanjang 40 minit terakhir selepas Gary Steven Robbat dilayang kad merah, memastikan barisan kendalian Ong Kim Swee itu melangkah ke pusingan ketiga. Sharbinee turut cemerlang menyelamatkan satu daripada tiga sepakan penalti Taiwan dan memastikan Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan bertemu Singapura. 

No comments:

Post a Comment