Friday 8 July 2011

Pemilihan skuad Malaysia vs Chelsea

Jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee akan menguji 23 pemain daripada Liga Malaysia untuk digandingkan bersama 18 pemain dalam skuad Olimpik negara dalam usaha mencari kesebelasan terbaik menentang Chelsea  pada 21 Jun ini.

"Seramai 11 daripada 23 yang terpilih itu merupakan pemain bawah 22 tahun yang juga saya akan pertimbangkan untuk diserap ke dalam skuad Olimpik dan Sukan SEA."Langkah itu adalah perlu memandangkan ketiadaan beberapa tonggak skuad Olimpik yang juga diperlukan untuk skuad senior kebangsaan,


Seramai 11 pemain itu dari pasukan kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Sabah, Felda United, Kuala Lumpur, Pahang, dan PKNS Selangor akan melaporkan diri untuk latihan pusat bersama skuad Olimpik di Wisma FAM, Kelana Jaya mulai Isnin ini. 

Baki 12 pemain merupakan pemain senior yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan. Antaranya ialah Mohd Amri Yahyah (Sel), Hairuddin Omar (N9)  dan Abdul Manaf Mamat (Ter).Namun, sebelum memasang impian menyarung semula jersi kebangsaan, mereka terlebih dahulu perlu membuktikan kemampuan diri masing-masing daripada sekumpulan besar 23 pemain bukan skuad Olimpik yang turut dipanggil Kim Swee.


Pemain Senior:


Hairuddin Omar

Abdul Manaf Mamat
Badhri Radzi
Amri Yahyah











No comments:

Post a Comment