Pendahulu Liga Super, Kelantan mengukuhkan cengkaman di puncal liga selepas berjaya menumpaskan Harimau Muda A 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu semalam.
Kemenangan itu membolehkan Kelantan mengutip mata penuh dan berjaya menjarakkan kedudukan dari pesaing terdekat, Felda United dan Selangor.
Dalam perlawanan semalam, pasukan kendalian Ong Kim Swee lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan jarak jauh tetapi gagal menembus kubu terakhir tuan rumah yang dikawal ketat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Kedudukan berubah pada minit ke-11 apabila Solehin yang melakukan larian cantik dari sebelah kanan, bijak mencari ruang untuk melepaskan rembatan yang terkena kaki pertahanan Mohd Fadhli Shas dan menewaskan penjaga gol Harimau, Mohd Zamir Selamat.
Kelantan kembali bersemangat dan menggandakan jaringan pada minit ke-24 selepas kesilapan bek tengah Harimau, Mohd Amer Saidin yang lalai dan disudahi Chanturu untuk Zamir tertewas kali kedua.
Ketika menuju ke penghujung babak pertama, kelalaian tuan rumah akhirnya membolehkan Harimau Muda A merapatkan jurang apabila Irfan yang tidak dikawal, menyambut hantaran Zaharulnizam bagi gol tunggal Harimau.
Ini merupakan stu-satunya aksi Liga Super yang berlangsung semalam. Baki 6 perlawanan akan berlangsung malam ini.
S. Chanturu |
No comments:
Post a Comment