Monday 4 April 2011

Safee terus mantap!!!

SAFEE Sali di ambang menjadi pemain import terbaik Liga Super Indonesia (ISL) sekiranya mampu meneruskan rentak cemerlang meledak empat gol dalam lima penampilan bersama Pelita Jaya FC yang masih menduduki kelompok bawah liga. 

Pada perlawanan menentang Persijap di Stadium Singaperbangsa, Kerawang malam tadi, Safee mendapat umpanan cantik untuk membuka jaringan menerusi sepakan gunting pada minit ke-10 dan mencetus kemenangan 2-0 buat pasukannya.

Pada babak kedua, Pelita Jaya menambah jaringan menerusi pemain tengah berbakat, Joko Sasongko yang bijak mengawal bola di dalam kotak penalti. Kemenangan itu merapatkan jurang Pelita Jaya kepada hanya satu mata di belakang Persijap yang kini berada di tangga ke-13. 

Bagi pengendalinya, Miodrag Radovic, kehadiran Safee cukup membantu Pelita Jaya yang sebelum memulakan pusingan kedua ISL ini, sekadar menduduki tangga tercorot. - BH

Safee Sali

No comments:

Post a Comment