Thursday, 31 March 2011

Malaysia temu Lubnan & Taiwan

Malaysia akan bertemu Lubnan pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Sukan Olimpik 2012 London  selepas majlis undian pusingan kedua Kelayakan Olimpik London 2012 di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia, semalam. Skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee itu akan bertandang ke Lebanon pada 19 Jun dan akan menanti kedatangan lawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 23 Jun.
Negara Timur Tengah itu memperoleh kelayakan terus ke pusingan kedua berdasarkan pencapaiannya pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Beijing bersama 11 lagi negara iaitu Korea Selatan, Korea Utara, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan dan Vietnam.
Atad kertas, Malaysia berkemungkinan tiada masalah bertandang ke bumi Lubnan kerana Malaysia kini berada di tangga ke-138 dunia dan ke-21 Asia sementara lawan mereka itu berada dalam ranking ke-169 dunia dan ke-32 di Asia. Skuad kebangsaan melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0.


Manakala bagi kelayakan Piala Dunia Brazil 2014, Malaysia berpeluang melangkah jauh meskipun keputusan undian perlawanan pusingan pertama dan kedua semalam cukup memuaskan.
Pada majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bukit Jalil, skuad kebangsaan yang diletakkan di ranking ke-28 dalam senarai pasukan pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia bakal menentang Taiwan di ranking ke-40 pada aksi pertama 29 Jun ini.
Perlawanan pertama akan berlangsung di gelanggang lawan sebelum beraksi di arena sendiri pada 3 Julai ini.



No comments:

Post a Comment