Thursday 30 June 2011

Manchester United sign keeper De Gea


David de Gea has joined Manchester United on a five-year contract after the English champions confirmed they had reached agreement with Spanish side Atletico Madrid for the transfer of the goalkeeper on Wednesday.

The 20-year-old passed a medical this week, having become a European Championship winner with Spain Under-21s last weekend.

He now has the responsibility of succeeding Edwin van der Sar as English champions United's new number one following the veteran Dutchman's retirement last month.

Although no fee was disclosed, reports have suggested United may have paid as much as 18 million for de Gea, pushing manager Sir Alex Ferguson's pre-season spending to about 50 million after Phil Jones and Ashley Young both arrived at Old Trafford earlier this month.

"I feel very proud and I can't wait to start playing here," said de Gea in an interview with MUTV, United's in-house television station.

"When a club the size of Manchester United comes in for you it obviously makes you very, very happy.

"I saw their interest as an extra motivation to work even harder to show off my ability.

"It's a great privilege to be part of a club like United and I'm keen to do my best and show what I can do."



De Gea profile

Born: 7 Nov 1990
Nationality: Spanish
Position: Goalkeeper
Honours
Atlético Madrid
UEFA Europa League: 2010
UEFA Super Cup: 2010
Spain U17                
UEFA European Under-17 Football Championship: 2007
FIFA U-17 World Cup Runner-up: 2007
Spain U21         
UEFA European Under-21 Football Championship: 2011

Malaysia 2 1 Taiwan







Keputusan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi harus menerbitkan sedikit perasaan gelisah buat skuad Harimau Malaya walaupun bermula dengan langkah kanan menewaskan Taiwan.

Kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia mencipta rasa bangga tetapi anak didik Datuk K Rajagobal perlu menyajikan kelibat lebih garang dalam pertemuan timbal balik di Taiwan, Ahad ini andai memasang impian mahu layak ke pusingan kedua.

Apa pun, dua gol jaringan jaringan kapten, Safiq Rahim dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak pada setiap babak permainan menepati sasaran awal jurulatih dan keputusan seri dalam perlawanan kedua nanti sudah memadai untuk mengharungi halangan berikut menentang pasukan tetangga, Singapura.

Tuan rumah yang bermula agresif membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Safiq yang berpunca daripada gerakan Abdul Hadi Yahya sejurus selepas masuk menggantikan Helmi Remeli.Hadi tidak menunggu lama memecah bentang pertahanan dari sisi kanan sebelum melorong bola kepada S Kunanlan dan umpanan pemain tengah itu mudah disempurnakan Safiq yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Taiwan, Lin Po-Cheng. 

Pada babak kedua, Rajagobal memasukkan Ahmad Fakri Saarani menggantikan Safee Sali yang mengalami kecederaan di akhir babak pertama, dan penyerang muda itu hampir menambah jaringan selepas menerima hantaran leret Baddrol Bakhtiar, tetapi tolakannya tersasar. 

Minit ke-55, Aidil yang kembali menyarung jersi kebangsaan tahun ini selepas pulih daripada kecederaan, menceriakan lebih 45,000 penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk gol kedua yang bermula daripada sepakan sudut Safiq.

Kelebihan dua gol kem negara bagaimanapun dicemari gerakan pantas jentera serangan Taiwan yang melakukan asakan dari sebelah kanan gawang dan pemain tengah, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee pada minit ke-76. 

Wednesday 29 June 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia vs Taiwan





Abdul Hadi Yahya


Selepas tujuh bulan berpayung di bawah kejayaan Piala AFF Suzuki 2010, skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal berdepan cabaran sebenar pertama tahun ini apabila turun menentang Taiwan dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Berbekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan persahabatan antarabangsa sepanjang tahun ini, skuad kebangsaan dilihat mampu mengumpul bekal selesa di laman sendiri sebelum bertandang ke Taiwan untuk perlawanan timbal balik, Ahad ini.

Jika diamati pencapaian skuad kebangsaan tahun ini, mereka belum pernah ditewaskan dalam mana-mana perlawanan berprofil tinggi selepas menjuarai Piala Suzuki AFF, Disember lalu. Bermula aksi persahabatan mengalahkan Hong Kong dengan jaringan 2-0 pada 9 Februari lalu dan diikat 1-1 pada aksi ulangan di Siu Sai Wan Sports, termasuk meratah Myanmar (2-0) di Kota Bharu, baru-baru ini.

Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal terus merahsiakan kesebelasan utamanya bagi menghadapi Taiwan pada malam ini. Paling mencuri tumpuan ialah siapa yang akan menjaga gawang gol - sama ada Khairul Fahmi Che Mat atau Sharbinee Allawee Ramli serta gandingan serangan selepas Safee Sali mengalami kecederaan hamstring tendon lutut.

"Saya dah banyak kali buat kejutan sebelum ini. Saya selalu buat keputusan mengejut pada saat akhir. Esok (hari ini) saya akan lihat siapa yang cukup bersedia fizikal dan mental untuk diturunkan.

"Mungkin jika Khairul Fahmi berasa selesa (sakit bahu) selepas latihan petang ini (semalam), saya akan turunkannya. Apa pun saya tetap akan dapatkan nasihat fisioterapis pasukan sebelum membuat keputusan," kata Rajagobal.

Di barisan serangan pula, Rajagobal mungkin akan menggandingkan Abdul Hadi Yahaya dan Baddrol Bakhtiar selepas Safee mengalami kecederaan di saat-saat akhir pada sesi latihan petang semalam. Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani pula turut boleh diturunkan selepas kedua-duanya sudah pulih daripada kecederaan hamstring dan lutut.

Namun di sebalik masalah tersebut, Rajagobal tetap berkeyakinan Malaysia mampu meraih kemenangan di laman sendiri bagi mendapatkan bekalan sebelum bertandang ke tempat lawan pada Ahad ini.

"Kami akan tampilkan aksi terbaik apabila beraksi di tempat sendiri dan fokus utama ialah untuk meraih kemenangan. Kita tak boleh nak ramal berapa jumlah jaringan.

"Jika menang 1-0 pun, ia cukup untuk kita ke tempat lawan dengan tanpa tekanan berbanding jika tewas. Jadi saya mahu pemain manfaatkan peluang terhidang dan tiada sebab untuk kita tewas," tegas Rajagobal.

Andai berjaya melepasi halangan pusingan pertama, musuh tradisi, pasukan Singapura menanti di pusingan kedua dalam pertemuan yang dijangka diadakan pada 23 dan 28 Julai depan bagi merebut slot ke pusingan ketiga yang bakal membabitkan saingan 20 pasukan.


Tuesday 28 June 2011

Vettel wins European Grand Prix

Sebastian Vettel led the European Grand Prix from start to finish to take his sixth victory of the season ahead of Ferrari's Fernando Alonso and Red Bull team-mate Mark Webber.
Alonso was the only driver capable of fighting the Red Bulls and he traded second place with Webber twice before coming out on top after the final pit stops. He got within three seconds of Vettel at one point, but the championship leader had the measure of the rest of the field and managed his race to perfection so as not to come under pressure.
Lewis Hamilton, who started from third, never came close to the lead after a poor getaway dropped him behind the two Ferraris. He managed to get back past Felipe Massa, who finished behind him in fifth, but was over 45 seconds adrift of Vettel by the end of the race.
After the glory of Canada, Jenson Button found himself fighting a losing battle in Valencia and finished sixth after his KERS failed midway through the race.










Sebastian Vettel



Monday 27 June 2011

Pelumba TSG, Shahrul juara berbasikal kebangsaan



Pelumba Terengganu Cycling Terengganu (TSG), Mohd. Shahrul Mat Amin meraih kejuaraan kebangsaan pertamanya apabila muncul juara acara lepas beramai-ramai elit lelaki Kejohanan Berbasikal Kebangsaan 2011 sejauh 176 kilometer dengan masa 4 jam 18 minit 47.263 saat semalam.

Kemenangan itu disusuli berita gembira apabila namanya diselit dalam senarai skuad Sukan SEA, bersama seorang lagi pelumba TSG, Mohamad Saufi Mat Senan, selain dua tonggak Drapac Professional Cycling Team, Mohd. Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli serta pelumba Selangor, Muhammad Rauf Nur Misbah.

Tempat kedua diraih bekas pelumba kebangsaan yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zamri Salleh dengan masa 4:18:48.110s, manakala Ahmad Fallanie Ali dari Kuala Lumpur tempat ketiga.

Kimberley Yap turut melakar sejarah apabila mengecapi kejuaraan kebangsaan pertama apabila mengetepikan pelumba Kedah, Masziyaton Mohd. Radzi dan juara bertahan dari Selangor, Mariana Mohamad di garisan penamat untuk menang dengan masa 2:41:59s.

"Saya gembira kerana kemenangan ini amat bermakna kepada diri saya dan pasukan TSG. Memang inilah yang disasarkan jurulatih kami (Syed Mohd Hussain Syed Mazlan). "Paling gembira saya dapat berita nama saya disenaraikan dalam pasukan kebangsaan ke Sukan Sea 2011 ke Indonesia.

Kejayaan semalam juga bermakna TSG meraih kejayaan berganda selepas Mohd. Saufi muncul juara Kejohanan Grand Prix Kebangsaan Peringkat Pahang (GP Pahang), kelmarin.

Mohd. Adiq Hussainie jelas masih letih akibat penerbangan jauh dari Belgium ke Kuala Lumpur dan hanya di ke-15.

Ketua jurulatih, John Beasley dan jurulatih skuad lebuh raya kebangsaan, Graham Seers mengesahkan nama lapan pelumba termasuk dua tonggak TSG, 
Mohd Shahrul dan Mohamad Saufi akan disenaraikan ke Sukan Sea 2011.

Results
Men: 1. Mohd Shahrul Mat Amin (Terengganu Pro-Asia) 4’18:47; 2. Mohd Zamri Salleh (A. Forces) 4’18:48; 3. Ahmad Fallanie Ali (DBKL) 4’18:51;4. Sayuti Zahit (Utem) 4’20:08; 5. Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (Police) 4’20:09; 6. Nur Amirul Fakharuddin Mazuki (Terengganu Pro-Asia); 7. Mohd Rauf Nur Misbah (Sel) same time; 8. Amir Mustafa Rusli (Police) 4’20:12; 9. Mohd Harrif Salleh (Terengganu Pro-Asia) 4’21:17; 10. Amiruddin Jamaluddin (Utem) same time.
Women: 1. Kimbeley Yap (Swk) 2’41:59; 2. Masziyaton Mohd Radzi (Ked);3. Mariana Mohamad (Sel) same time; 4. Ju Pha Somnet (Nat. back-up) 2’46:06; 5. Mardiana Mohd Radzi (Ked); 6. Suryani Mohamad (Ter); 7. Zahraa Anuawar (Ter); 8. Noor Azian Maslin Sazali (Nat. back-up) all same time; 9. Zanariah Ismail (Joh) 2’48:21; 10. Nurul Syuhada Zainal (Ter) 2’58:33.

Chong Wei mantap

Langkah Datuk Lee Chong Wei terlalu unggul untuk disekat apabila mudah mengetepikan pemain Denmark, Peter Gade 21-11, 21-7 bagi menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia buat kali ketiga berturut-turut.
Pada perlawanan akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta semalam, Chong Wei, 28, hanya memerlukan masa 31 minit untuk menjinakkan Gade, 34, yang jelas gagal menyaingi kepantasan, ketepatan dan aksi bertenaga pemain No. 1 dunia itu.
Kejayaan tersebut sekali gus melebarkan rekod kemenangan Chong Wei ke atas Gade kepada 13-1 sepanjang 14 pertemuan dalam karier mereka.
Kali terakhir mereka bertemu ialah pada perlawanan akhir Terbuka India bulan lalu di mana Chong Wei menang dalam aksi yang berlanjutan hingga tiga set.
"Saya bermain cukup yakin hari ini (semalam) walaupun sering disorak penonton Indonesia setiap kali saya melakukan smash.
"Namun, Peter masih seorang pemain yang bagus. Cuma yang memisahkan antara kami ialah saya sudah tahu cara dia mahu bermain," kata Chong Wei yang membawa pulang AS$45,000 (RM135,000) selaku juara.
Kejayaan yang dilakar semalam menjadikan Chong Wei menjadi pemain bukan Indonesia pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira tempatan seperti Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat. Chong Wei yang mara ke tujuh final tahun ini telah memenangi lima kejuaraan sebelum ini - Terbuka Malaysia, Grand Prix Emas, Seluruh England, Terbuka India dan Masters Final - dan satu-satunya kekalahan yang dialaminya ialah kepada jaguh China Lin Dan di Terbuka Korea Januari lalu. 
Pada aksi semalam, selain penyokong fanatik Indonesia, Chong Wei menjadi perhatian pasukan China selepas enam pemain terbaik mereka termasuk jaguh Olimpik, Lin Dan gagal ke final.
Pegawai pasukan China meletakkan kamera di empat penjuru gelanggang untuk merakamkan aksi Chong Wei.
Sementara itu, China masih mempamerkan dominasi dalam lain-lain acara apabila muncul juara dalam acara perseorangan wanita, beregu wanita, beregu lelaki dan beregu campuran.
Dalam perseorangan wanita, pemain India, Saina Nehwal gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas 21-12, 21-23, 14-21 kepada Wang Yihan.
Dalam acara akhir beregu lelaki, gandingan Cai Yun-Fu Haifeng pula menewaskan rakan senegara, Chai Biao-Guo Zhendong 21-13, 21-12.
Pemain China turut menguasai acara beregu wanita apabila gandingan Wang Xiaoli-Yu Yang menewaskan beregu tuan rumah, Vita Marissa-Nadya Melati 21-12, 21-10.
Indonesia terus kempunan meraih kejuaraan di bumi sendiri apabila gandingan Ahmad Tantowi-Liliyana Natsir tewas kepada beregu China, Zhang Nan-Zhoa Yunlei 22-20, 14-21, 9-21 dalam acara beregu campuran.

Friday 24 June 2011

Malaysia benam Lebanon 2-1


Wan Zack Haikal



Malaysia melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.
Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.
Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.
Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.
Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Pada aksi malam tadi, Kim Swee melakukan dua perubahan dengan Affize Faisal Mamat menggantikan Mahali Jasuli yang digantung satu perlawanan manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan tempat Izzaq Faris Ramlan.
Jurulatih Lebanon, Samir Saad pula hanya menukar seorang pemain iaitu Jad Noureddine yang diturunkan untuk mengambil alih posisi Hassan Chaito.
Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.
Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol.
Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah.
Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.
Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.
Kim Swee yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas perlawanan itu menjelaskan:“Ini membuktikan walaupun kita beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir, pemain telah menunjukkan kesungguhan tinggi. Tapi ini baru permulaan, banyak lagi rintangan perlu diharungi pada peringkat kumpulan nanti,” kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

Ashley Young joins Man Utd



England international Ashley Young has joined Premier League champions Manchester United on a five-year contract, his former club Aston Villa announced Thursday.

Young, capped 15 times by his country, underwent a medical Wednesday and the transfer, worth in the region of 16-20 million ($25-32 million), was completed Thursday.

He becomes the second pre-season signing at Old Trafford after Sir Alex Ferguson brought England Under-21 international defender Phil Jones from Blackburn Rovers for 16.5 million.

Young, a 25 year old midfielder, joined Villa from Watford in January 2007 and went on to make 190 appearances in all competitions for the Birmingham club, scoring 38 goals.

"Ashley has made a terrific contribution for Villa over the past four-and-a-half seasons and everyone at the club wishes him the best for the future," recently-appointed Villa manager Alex McLeish said.

"He has become an important player in the England team during that time and I'm sure he will be looking forward to the challenge," McLeish also told Villa's official website.

Young had previously told Villa officials he did not plan to sign an extension to his contract, due to expire next year, and that left the Midlands club with little option but to sell one of their star players or risk losing him for nothing under the Bosman ruling.

Tuesday 21 June 2011

US Open final round

US Open final-round leaderboard

  • -16: R McIlroy (NI)
  •  
  • -8: J Day (Aus)
  •  
  • -6: K Chappell (US), R Garrigus (US), L Westwood (Eng), YE Yang (Kor)
  •  
  • -5: P Hanson (Swe), S Garcia (Spa)
  •  
  • -4: C Schwartzel (SA), L Oosthuizen (SA)
  •  
  • Selected others: -2: G McDowell (NI)
  •  
  • -1: S Stricker (US)
  •  
  • +1: Robert Rock (Eng)
  •  
  • +3: M Kaymer (Ger)
  •  
  • +5: L Donald (Eng), P Harrington (Ire)
  •  
  • +7:P Mickelson (US), M Manassero (Ita)
  •  
  • +9 : B Watson (US)










Y E Yang



Jason Day

Lee Westwood
















Rory McIlroy