Friday 29 April 2011

Terengganu vs Selangor

credit :Tok Esah.com

Terengganu menanam semangat membara untuk menumpaskan Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini bagi merebut takhta liga tersebut.

Selangor kini mengungguli takhta dengan memungut 32 mata hasil daripada 15 perlawanan, satu mata di hadapan Terengganu.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata hasrat itu tidak mustahil dicapai apabila pasukannya telah menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Bagaimanapun beliau mengingatkan pemainnya agar berwaspada kerana Selangor juga akan memasang impian untuk memenangi perlawanan itu setelah mereka kecundang kepada Kelantan 0-1 malam Selasa.

Abdullah turut meminta penonton supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perlawanan tersebut terganggu dan PBSNT dihukum.

Lain-lain perlawanan:
Perak vs Kedah
Kelantan vs K.Lumpur
Felda Utd vs N.Sembilan
T-team vs Pahang
Perlis vs Harimau Muda A
Johor FC vs Sabah


No comments:

Post a Comment