Sunday 3 April 2011

T-team temui rentak

Hajat T-Team untuk mencatat kemenangan kedua akhirnya tercapai selepas menewaskan Sabah 3-0 pada aksi Liga Super, semalam. Sebelum ini, T-Team pernah mengalahkan pasukan Perlis di halaman sendiri.

Beraksi dalam keadaan hujan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu tidak menghalang anak-anak buah Yunus Alif untuk menguasai permainan sekaligus berjaya mengutip tiga mata berharga.

Rentak kemenangan T-Team bermula seawal minit kedua menerusi jaringan Haris Safwan yang mudah memperdayakan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein.
Enam minit kemudian, tuan rumah selesa mendahului dua gol, kali ini menerusi jaringan Zairo Anuar Zailani hasil sepakan percuma daripada jarak 20 meter.
Norfarhan Mohammad terus menambah derita skuad Sabah dengan gol ketiga pada minit ke-41.
Tiada sebarang gol dapat dijaring pada separuh masa kedua dan kedudukan kekal hingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan tersebut, pasukan T-Team melonjak ke tangga ke-10 dengan 8 mata. 
Rosdi Talib
Indra Putra Mahyudin

Haris Safwan




No comments:

Post a Comment