Saturday 2 April 2011

Misbun kembali

Kemelut tiga bulan mengenai kedudukan  Datuk Misbun Sidek dalam BAM berakhir semalam apabila jurulatih itu menarik balik peletakan jawatannya dan diterima sebulat suara Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Begitupun, timbul persoalan baru sama ada jurulatih itu akan terus membimbing anak didiknya, Lee Chong Wei atau sebaliknya kerana jurulatih itu perlu memenuhi syarat-syarat kontrak baru yang akan ditetapkan BAM.

Ketika mengulas lanjut kontrak baru itu, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata, butir-butir terperinci mengenainya masih belum diputuskan dan beliau enggan mendedahkan sama ada ia lebih baik daripada kontrak sebelum ini termasuk tempoh kontrak untuk mengikat Misbun.

“Apa yang penting sekarang, Misbun telah bersetuju untuk sambung semula kontrak dengan BAM. Yang lain itu, kita boleh bincang kemudian,” tegasnya.
Mengenai kedudukan Misbun sebagai jurulatih Datuk Lee Chong Wei, Nadzmi menegaskan, tidak semestinya jurulatih perseorangan negara itu akan kembali pada tugas lamanya. Sebaliknya kata beliau, ia bergantung kepada Chong Wei untuk menentukannya kerana ketika ini tanpa Misbun, pemain No. 1 dunia itu tetap menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Misbun Sidek






No comments:

Post a Comment