Sunday 3 April 2011

Keputusan Liga Super

Selangor terus menghambat pendahulu Liga Super, Kelantan apabila mengutip mata penuh di Stadium Shah Alam malam tadi selepas menewaskan Pahang 2-1. Pasukan kendalian K Devan kini melonjak ke tangga kedua liga selepas dua gol pantas dalam tempoh dua minit yang bermula seawal minit kelima menerusi Mohd Hardi Jaafar dan disusuli jaringan Mohd Amri Yahyah sebelum anak buah Dollah Salleh memperoleh gol tunggal menerusi R Karthigesu pada minit ke-87.


Di Stadium Perak, tuan rumah mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini apabila berjaya mengatasi asakan Felda yang turun tanpa kelibat penjaga gol utama, Mohd Hamsani Ahmad untuk kemenangan 1-0 yang melonjakkan mereka ke tangga ketiga liga dengan 16 mata. Akmal Rizal Rakhli muncul wira tuan rumah apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-37 selepas menerima hantaran cantik Syafiq Jamal sebelum dirembat melepasi penjaga gol Felda United, Mohd Faizal Rashid.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team memperoleh kemenangan kedua musim ini selepas menundukkan Sabah 3-0. Mohd Haris Safwan membuka jaringan tuan rumah seawal minit kedua diikuti tendangan percuma Zairo Anuar Zailani yang terus menerjah gawang enam minit kemudian. Tiga minit sebelum tamat babak pertama, Norfarhan Mohamad menambah derita Sabah apabila menyempurnakan hantaran sepakan sudut Zairo yang tiba tepat kepadanya sebelum dirembat melepasi penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hussain. Pada babak kedua, kedua-dua pasukan gagal menghasilkan jaringan dan kedudukan kekal 3-0. 

Di Stadium Utama Negeri, Perlis menafikan Johor FC mata penuh apabila tampil menyamakan kedudukan pada minit terakhir menerusi Phul Sakh Lom untuk seri 2-2. Shahrizal Saad membuka tirai jaringan pelawat minit kelapan disusuli Mohd Rashid Aya pada minit ke-20, sementara gol pertama Perlis menerusi Azmizi Azmi (m-34). 

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan yang pertama kali turun di bawah kendalian jurulatih baru, Mohd Azraai Khor Abdullah sekadar seri 1-1 menentang Terengganu. Penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani membuka jaringan seawal minit kedua tetapi pelawat menyamakan kedudukan menerusi Abdul Manaf Mamat minit ke-57. 

Di Stadium KLFA Cheras, Kedah menundukkan Kuala Lumpur 1-0 hasil jaringan Mohd Azmi Muslim pada masa kecederaan.

Selangor vs Pahang

T-Team vs Sabah

Perak vs Felda United
Kuala Lumpur vs Kedah

No comments:

Post a Comment