Wednesday, 13 April 2011

Perak mengamuk di Ipoh

Perak terus memberi cabaran kepada pendahulu liga selepas menumpaskan Kelantan dengan jaringan 4-0 dalam saingan Liga Super 2011 di Stadium Perak, Ipoh, malam semalam. 


Perlawanan yang disaksikan lebih 25,000 penonton itu bermula baik dengan menyaksikan beberapa asakan berbahaya kedua-dua pasukan ke kubu lawan masing-masing. Anak buah Norizan Bakar terlebih dahulu menguji kecekapan penjaga gawang gol pasukan The Red Warriors yang di kawal Khairul Fahmi Che Mat. 



Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli hampir meletakkan skuad Seladang di hadapan namun sepakan kencangnya sekadar melewati palang gol pelawat. Serang bertali arus pasukan Perak membuahkan hasil apabila Fazrul Hazli Kadri (minit 5) mudah menolak bola untuk jaringan pendahuluan tuan rumah seawal minit ke-3. 



Akmal sepatutnya mencatat nama selaku penjaring gol jika percubaannya pada minit ke-7 menemui sasaran. Stadium Perak kembali gegak gempita minit ke-26 apabila Shafiq Jamal melepaskan tendangan padu dalam kotak penalti hasil hantaran lintang cantik Akmal Rizal. 



Kelantan cuba bangkit setelah ketinggalan 0-2 menerusi asakan-asakan yang diterajui rangkaian penyerang, Norshahrul Idlan Talaha, S Chanturu dan Azwan Roya, namun barisan pertahanan Perak tetap kental bertahan bagi menafikan segala asakan serta percubaan berkenaan. 



Akmal Rizal memusnahkan sisa-sisa harapan Kelantan apabila meledak gol ketiga pada minit ke 79 dan pemain gantian, Razali Umar Kandasamy melengkapkan malam derita skuad Datuk M Karathu selang tiga minit kemudian. 



Kemenangan berkenaan sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah Perak di gelanggang sendiri kepada 10 perlawanan manakala Kelantan jatuh tempat ketiga selepas 11 perlawanan.






No comments:

Post a Comment