Wednesday 27 April 2011

Jazeman raih tempat kedua F3 Britain


Pelumba muda negara Jazeman Jaafar meraih kedudukan podium dalam perlumbaan pusingan kedua Siri Antarabangsa Formula 3 Cooper Tires British 2011 di Litar Oulton Park, Cheshire, United Kingdom, kelmarin. 

Beliau berjaya mendapat tempat ketiga pada perlumbaan pertama, tempat keempat pada perlumbaan kedua dan tempat keenam pada perlumbaan akhir sekali gus meletakkan pelumba itu pada tempat ketiga keseluruhan. 

“Walaupun litar Oulton Park merupakan litar yang baik untuk berlumba tetapi tidak mempunyai banyak peluang untuk memintas, jadi saya tidak dapat mengejar dari permulaan. 

“Bagaimanapun, saya bangga dengan kedudukan di tempat kedua keseluruhan selepas dua pusingan memandangkan musim perlumbaan 10 pusingan itu masih di peringkat awal,” katanya. 

Jazeman memulakan kempen F3 Britain musim 2011 di Litar Monza, Itali, pada 16 dan 17 April lalu dengan meraih dua kedudukan podium iaitu tempat kedua pada perlumbaan pertama, kelima dalam perlumbaan kedua dan menamatkan perlumbaan pusingan akhir di tempat ketiga. 

Pusingan ketiga siri F3 Britain itu akan berlangsung di Litar Snetterton, Norfolk, United Kingdom pada 24 dan 25 Mei ini. – Sinar

No comments:

Post a Comment