NorShahrul Idlan Talaha |
Kelantan terhutang budi kepada jiran Pantai Timur mereka, T-Team yang menjinakkan pendahulu, Selangor 2-0 untuk membolehkan The Red Warriors kembali menerajui Liga Super apabila merakamkan kemenangan 6-0 ke atas Felda United, malam tadi.
Kekalahan itu menyaksikan Selangor tercicir ke tempat kedua yang sebelum ini diisi Perak berikutan kekalahan pertama Yob musim ini kepada Sabah, 2-1 di Stadium Likas.
Di Stadium Shah Alam, kegagalan Selangor memanfaatkan peluang keemasan pada separuh masa pertama dihukum Norfarhan Muhammad yang menanduk masuk pada minit ke-59 sebelum Indra Putra Mahayuddin menyapu garam ke luka dengan merembat masuk gol kedua enam minit sebelum tamat perlawanan.
Di Stadium Sultan Mohd IV, tuan rumah mendahului pada minit ke-33 apabila rembatan Mohd Shakir Shaari dari luar kotak penalti gagal ditepis penjaga gol Mohd Faizal Rashid. Gol lain tuan rumah adalah sumbangan Norshahrul Idlan Talaha (minit ke-40), Mohd Nizad Ayub (m-65,71), Danial Fazly Abdullah (m-82) dan Mohd Azuan Solahudin (m-89).
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu gah mengatasi Harimau Muda A 3-1. Apapun pelawat membuat kejutan mendahului pada minit ketujuh menerusi Syahrul Azwari Ibrahim sebelum Ashaari Shamsuddin menyamakan kedudukan minit ke-17. Dua lagi gol daripada Abdul Hadi Yahya (m-35) dan Ismail Faruqi (m-64) mengesahkan mata penuh tuan rumah.
Di Stadium JCorp, Johor FC terus kempunan meraih mata penuh di laman sendiri selepas sekadar seri 0-0 ketika menentang Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment