Saturday, 30 April 2011

Arsenal vs Man Utd




The rivalry between Arsene Wenger and Sir Alex Ferguson is the longest running in English football, but there is no mistaking where the balance of power lies right now.
Ferguson's Manchester United side are heading for a fourth title in five seasons, while Arsenal have not won silverware since beating the Red Devils in the 2005 FA Cup final.
An away win on Sunday would give United a fifth successive victory against Arsenal in all competitions. The last time either side enjoyed a spell of such dominance in this fixture was 26 years ago, shortly before Ferguson took over at Old Trafford.
Wenger concedes Arsenal's title chances are "minimal" after a run of one win from seven league games. The remainder of the season is about damage limitation for the Gunners, who must now focus on securing a Champions League spot.
United may have managed just five away wins in the Premier League this term, but confidence will be high after a hugely impressive performance away to Schalke in midweek. The Red Devils will almost certainly return to north London in four weeks time to contest the Champions League final at Wembley.
Arsenal
Doubtful: Rosicky (illness)
Injured: Bartley (knee), Diaby (calf), Fabianski (shoulder), Mannone (thigh), Vermaelen (Achilles)
Manchester United
Suspended: Scholes (one match)
Injured/unavailable: Fletcher (virus), Hargreaves (shoulder)
Robin van Persie

Javier "Chicharito" Hernandez

Selangor terus terajui Liga Super



Pertembungan dua pasukan teratas Liga Super - pendahulu Selangor dan Terengganu yang hanya dibezakan satu mata - berakhir seri 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, untuk membolehkan Merah Kuning kekal di tangga teratas, malam tadi.

Beraksi di hadapan lebih 15,000 penyokong di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, skuad Penyu jelas bersemangat untuk mencari tiga mata penuh. Skuad kendalian Irfan Bakti itu terlebih dahulu memperoleh peluang menjaringkan gol pada minit ke-11, namun sepakan Abdul Manaf Mamat yang hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar jauh tersasar.
Pasukan pelawat memperoleh peluang pada minit ke-25, kali ini menerusi Fadzli Saari tetapi rembatan kencangnya berjaya ditampan kemas penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee.

Aksi keras kemudian disajikan kedua-dua pasukan dengan Terengganu berjaya menguasai sepenuhnya permainan.Safiq Rahim yang bekerja keras memastikan Selangor tidak pulang dengan tangan kosong daripada dua kunjungan ke Pantai Timur, bijak melepasi perangkap ofsaid untuk menyempurnakan hantaran Amri Yahyah tiga minit sebelum rehat. 
 Pada babak kedua, Terengganu yang membuat dua pertukaran dengan memasukkan Ahmad Nordin Alias dan Muhaimin Omar terus menguasai permainan. Anak buah Irfan Bakti Abu Salim kembali mempamerkan rentak sebenar untuk mencari gol penyamaan dan Ismail Faruqi tidak mensia-siakan peluang di depan gawang Selangor ketika menyudahkan hantaran lintang Joseph Kalang Tie pada minit ke-62. 
Terengganu kembali mengawal permainan dan hampir menggandakan jaringan menerusi Ismail, tetapi tandukannya ditampan penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar. 

Selangor kekal di tangga teratas dengan 33 mata, dengan Kelantan berpeluang memintas sekiranya merakam kemenangan ke atas Kuala Lumpur, di Kota Bharu malam ini. Terengganu kekal berada di tangga kedua dengan mengumpul 32 mata, satu mata di belakang Selangor.

Di Stadium Perak, Ipoh, rekod tanpa kekalahan gelanggang sendiri tuan rumah akhirnya dicemari dengan kekalahan 3-1 kepada Kedah yang kini memintas lawan itu untuk menduduki tangga keempat dengan 27 mata. 

Gol Kedah dijaringkan Khyril Muhymeen Zambri (m-30), Mohd Firdaus Fauzi (m-75) dan gol sendiri pertahanannya, Mohd Syazwan Roslan (m-83) manakala sol sagu hati tuan rumah menerusi Mohd Noor Hazrul Mustafa pada masa kecederaan. 

Friday, 29 April 2011

Terengganu vs Selangor

credit :Tok Esah.com

Terengganu menanam semangat membara untuk menumpaskan Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini bagi merebut takhta liga tersebut.

Selangor kini mengungguli takhta dengan memungut 32 mata hasil daripada 15 perlawanan, satu mata di hadapan Terengganu.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata hasrat itu tidak mustahil dicapai apabila pasukannya telah menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Bagaimanapun beliau mengingatkan pemainnya agar berwaspada kerana Selangor juga akan memasang impian untuk memenangi perlawanan itu setelah mereka kecundang kepada Kelantan 0-1 malam Selasa.

Abdullah turut meminta penonton supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perlawanan tersebut terganggu dan PBSNT dihukum.

Lain-lain perlawanan:
Perak vs Kedah
Kelantan vs K.Lumpur
Felda Utd vs N.Sembilan
T-team vs Pahang
Perlis vs Harimau Muda A
Johor FC vs Sabah


Pemain import kembali warnai Liga Super






Kembalinya aksi pemain import, Liga Super tidak lebih daripada 12 pasukan dan geran penajaan yang berdasarkan prestasi liga, mampu lebih mewarnai dan menyuntik kehebatan Liga Malaysia musim depan, menurut kaca mata Jawatankuasa Malaysia Super League (MSL), semalam.

Malah tanggungjawab menguruskan Liga M mahupun pasukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, bakal diserahkan kepada sebuah entiti profesional dan komersial yang berasingan sekali gus melepaskannya daripada bahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri (FA).

Kerinduan kepada aksi pemain import sejak 2009 pula turut akan terubat sekiranya saranan jawatankuasa ini direstui Majlis FAM, tidak lama lagi dengan setiap pasukan cuma dibenarkan memiliki sehingga tiga orang namun salah satu daripadanya mestilah yang berasal dari Asia Tenggara.

Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa berkata di Wisma FAM, Kelana Jaya: "Kami melihat kemasukan semula pemain import mampu menyumbangkan salah satu nilai tambah kepada mutu liga bola sepak kita selagi tahap permainan mereka didapati lebih baik daripada pemain tempatan.

"Ia juga membuka peluang pemain tempatan bersaing semula mahupun berganding bahu lantas menimba pengalaman dengan pemain import yang lebih baik daripada mereka," katanya yang juga Timbalan Presiden FAM selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.

Mengenai saranan pengurangan pasukan Liga Super daripada 14 seperti sekarang, katanya: "Kita perlukan kualiti liga kerana tiada maknanya jika ia ditandingi lebih 12 pasukan tetapi sering berlakunya jurang perbezaan gol yang besar dan keputusan perlawanan yang tidak seimbang.

"Geran penajaan tahunan kepada setiap pasukan atau persatuan negeri pula dicadangkan berdasarkan prestasi mereka dalam liga kerana kita tidak mahu lagi pihak ini menganggap mereka sudah dijamin wang yang mudah atau seperti mendapat 'derma' hasil tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Skalanya kepada setiap penerima mesti berbeza atau dengan kriteria dan tanda aras tertentu namun mulai musim depan, pasukan tuan rumah yang perlawanannya disiarkan secara langsung menerusi TV juga bakal menikmati yuran kemunculan sebanyak RM30,000 sebagai geran bantuan tambahan daripada MSL," jelasnya.

Berhubung peralihan tugas menguruskan liga dan pasukan daripada FAM dan FA negeri termasuk tanpa melibatkan jawatankuasa pertandingan tempatan lagi, katanya: "Ia adalah untuk mendapat pengiktirafan liga profesional sepenuhnya daripada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sekali gus melayakkan kita bermain dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL)."

Misbun tolak tawaran BAM

Drama Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah berakhir.
Jurulatih perseorangan negara itu telah membuat keputusan menolak tawaran kontrak baru yang diberikan BAM kepada beliau untuk membimbing barisan pemain skuad pelapis negara.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, Misbun membuat keputusan tersebut menerusi sepucuk surat yang diserahkannya kepada Presiden BAM, Datuk Mohd. Nadzmi Salleh petang kelmarin.
“Tidak ada siapa yang tahu Misbun ada menyerahkan surat itu kepada Datuk Nadzmi termasuklah saya sehingga presiden memaklumkan hal tersebut pagi tadi (semalam).
“Selepas mendapat tahu mengenai perkara itu, Kenny Goh (Pengurus Besar BAM) telah mengambil surat tersebut daripada Datuk Nadzmi dan kami telah membentangkannya pada mesyuarat Exco petang tadi (semalam).
“Dalam surat tersebut, Misbun mengatakan bahawa beliau menolak tawaran kontrak baru yang diberikan BAM dan kami juga telah sebulat suara menerima keputusan yang dibuat beliau itu,” kata Chin Chai yang turut menghadiri mesyuarat Exco BAM di Bukit Kiara semalam.
Mesyuarat Exco BAM itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden BAM, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah.
Ditanya adakah Misbun ada memberikan sebarang alasan mengapa beliau menolak tawaran tersebut, Chin Chai mememberitahu: “Tidak ada.
“Dalam surat itu, beliau hanya menyatakan bahawa beliau menolak tawaran yang diberikan oleh BAM.”
Dengan keputusan tersebut, Misbun kini tidak lagi berada dalam barisan kejurulatihan BAM.
“BAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Misbun atas sumbangan serta jasanya yang telah banyak membantu dalam usaha menaikkan nama sukan badminton negara di pentas antarabangsa.
“Banyak yang telah Misbun lakukan demi sukan badminton negara dan itu kita tidak boleh menafikannya,” tambah Chin Chai.
Misbun mula menyertai BAM selaku jurulatih pada 2002 dan sepanjang tempoh lapan tahun bersama badan induk itu, beliau telah berjaya melahirkan ‘permata’ yang cukup berharga buat arena sukan badminton tanah air dengan kemunculan Datuk Lee Chong Wei.
Berkat tunjuk ajar serta bimbingan Misbun, Chong Wei kini bergelar jaguh No. 1 dunia sejak tahun 2008.-Kosmo

Thursday, 28 April 2011

Dua jurulatih ganti Yunus kendali T-Team

Krisis yang melanda T-Team bakal menemui jalan penyelesaian apabila pengurusan pasukan berstatus kelab itu melantik Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor (gambar) dan Yusuf Ali sebagai jurulatih sementara.  Tindakan itu adalah susulan keputusan pihak tertinggi T-Team yang merehatkan ketua jurulatih, Yunus Alif daripada membimbing pasukan ekoran prestasi teruk yang dicatat sejak kebelakangan ini.
Pengurus T-Team, Rozi Mamat ketika mengesahkan keputusan itu berkata, pelantikan Che Ku Marzuki dan Yusuf dibuat berdasarkan perbincangan semua pihak demi memastikan pasukan itu dapat terus bersaing dalam kempen liga musim ini.
"Kita akui T-Team tidak begitu konsisten sehingga ramai peminat tak puas hati dan kita mengambil keputusan untuk merehatkan Yunus," katanya semalam.
Untuk rekod, Che Ku Marzuki merupakan bekas jurulatih T-Team yang berjaya membawa pasukan berstatus kelab itu layak beraksi dalam kempen Liga Super musim lalu selepas hanya semusim bersaing dalam Liga Perdana.
Tahun lalu, T-Team yang dibarisi ramai pemain berpengalaman seperti Syamsuri Mustaffa, Norfazly Alias, Hairuddin Omar dan Rosdi Talib berjaya menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh.
Sementara itu, Yusuf pula yang diberi tanggungjawab untuk berkerjasama dengan Che Ku Marzuki merupakan jurulatih pasukan Piala Presiden T-Team.
"Tugasan kedua-dua jurulatih ini akan diteliti dan jika pengurusan berpuas hati, khidmat kedua-dua jurulatih itu berkemungkinan akan diteruskan," ujarnya.
Dalam pada itu, Che Ku Marzuki ketika dihubungi mengesahkan, dia telah 'bebas' daripada penggantungan selama enam bulan pada 20 April lalu dan sedia kembali membimbing bekas pasukannya itu andai diberi peluang.
"Masih terlalu awal untuk saya komen keputusan ini dan kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku nanti," katanya.
Kemelut yang berlaku dalam kem T-Team bermula sejak dua minggu lalu apabila mereka tewas 0-1 kepada pasukan setempat, Terengganu sebelum dimalukan Johor FC dan Kuala Lumpur.
Namun, T-Team yang beraksi buat pertama kali tanpa kelibat Yunus kembali garang apabila merekodkan kemenangan pertama dalam lima perlawanan terakhir menerusi kemenangan 3-1 ke atas Kedah.




Fulham 3 - 0 Bolton

Fulham look assured of keeping their Premier League status next season after a resounding 3-0 win over Bolton at Craven Cottage on Wednesday.
American international Clint Dempsey scored either side of half time with Brede Hangeland adding a third to earn Fulham a crucial victory which pushed them up five places to ninth, eight points above the relegation zone.

Fulham named an unchanged side to the one that shared the points with Wolves, while the visitors welcomed back Tamir Cohen, who scored the winner in Sunday's 2-1 win over Arsenal, for Daniel Sturridge, out with an ankle injury.

Dempsey tested Bolton 'keeper Jussi Jasskelainen in the opening minutes with a low effort, and then watched when Eidur Gudjohnsen fluffed his decent centre into the box by spooning it over the bar. On the quarter of an hour mark Dempsey put the Cottagers in front.
Bolton failed to clear a corner, with the striker thumping the ball high into Jasskelainen's net from 12 metres out in am acrobatic strike that Fulham fans will claim should be one of the contenders for goal of the season.
Just before the half hour Jaaskelainen prevented Bolton slipping further behind when pulling off a decent save to deny Moussa Dembele's low shot from the edge of the box. The Bolton stopper then did well to deflect a dangerous Gudjohnsen chip.
After a first half dominated by the hosts it was more of the same after the break, with Dempsey doubling up in the 49th minute.
The in-form American ensured a precious three points for Mark Hughes' side when scoring from six metres out, seconds after Dembele had hit the bar with a long range shot.
Hangeland completed a perfect night when heading home Danny Murphy's freekick.


Owen Coyle






Clint Dempsey




Messi double downs Real Madrid in Champions League 1st leg

Barcelona talisman Lionel Messi scored two late goals to put his side in control of their bad-tempered Champions League semi-final against Real Madrid.
The goals came after Real's Pepe was dismissed in the 61st minute and boss Jose Mourinho was sent to the stands soon after for his protestations.
That seemed to turn the tide in Barca's favour and they went ahead when Messi turned in Ibrahim Afellay's cross.
Messi then added a fabulous second when he ran 30 yards before slotting in. It was a glorious way to score his 11th goal in 11 Champions League games and by doing so made his side firm favourites to go through to the 28 May final at Wembley.
Up until he scored his first goal in the 76th minute, Messi was operating around the fringes of Real's final third, which was difficult to breach for much of the match.
Xavi's firm but telegraphed shot was well held by Iker Casillas, who was left floundering when David Villa's low, whipped shot from 20 yards beat him but also the right-hand post.
Real were content to sit back and frustrate their visitors, much to the annoyance of their own lone forward Cristiano Ronaldo. His supply line was virtually non-existent as Mesut Ozil, Xabi Alonso and Angel di Maria were occupied with defensive duties.
Referee Wolfgang Stark kept a cool head while the melodramatics unfolded around him, but his resolve was finally broken when, after the half-time whistle, there was a fracas on the touchline as the players were leaving the field, which resulted in Barcelona substitute keeper Jose Pinto being shown a red card.
It was still 11 v 11 on the pitch after the interval, but Real were soon reduced to 10 when the influential Pepe was sent off for a high tackle on Dani Alves.
Real coach Mourinho, who was seen to mouth sarcastically "well done" to the fourth official and was subsequently dismissed himself, now faced a defensive problem.
The pacy Afellay, who came on for the injured Pedro, sped down the right and played an inviting square ball into the area which Messi reached ahead of Sergio Ramos and tapped in at the near post.
Despite conceding an away goal, Real would have considered themselves to be still in the tie. But then Messi struck again with pure brilliance.
The Argentine forward picked up the ball midway inside the Real half, skipped past Lassana Diarra, Raul Albiol and Marcelo before slotting in his 52nd of the season and what could prove to be the decisive goal of the tie.


Angel di Maria

Cristiano Ronaldo

Dani Alves

Pepe




Jose Mourinho





Lionel Messi

Xabi Alonso


Wednesday, 27 April 2011

Jazeman raih tempat kedua F3 Britain


Pelumba muda negara Jazeman Jaafar meraih kedudukan podium dalam perlumbaan pusingan kedua Siri Antarabangsa Formula 3 Cooper Tires British 2011 di Litar Oulton Park, Cheshire, United Kingdom, kelmarin. 

Beliau berjaya mendapat tempat ketiga pada perlumbaan pertama, tempat keempat pada perlumbaan kedua dan tempat keenam pada perlumbaan akhir sekali gus meletakkan pelumba itu pada tempat ketiga keseluruhan. 

“Walaupun litar Oulton Park merupakan litar yang baik untuk berlumba tetapi tidak mempunyai banyak peluang untuk memintas, jadi saya tidak dapat mengejar dari permulaan. 

“Bagaimanapun, saya bangga dengan kedudukan di tempat kedua keseluruhan selepas dua pusingan memandangkan musim perlumbaan 10 pusingan itu masih di peringkat awal,” katanya. 

Jazeman memulakan kempen F3 Britain musim 2011 di Litar Monza, Itali, pada 16 dan 17 April lalu dengan meraih dua kedudukan podium iaitu tempat kedua pada perlumbaan pertama, kelima dalam perlumbaan kedua dan menamatkan perlumbaan pusingan akhir di tempat ketiga. 

Pusingan ketiga siri F3 Britain itu akan berlangsung di Litar Snetterton, Norfolk, United Kingdom pada 24 dan 25 Mei ini. – Sinar

Carta Terkini Liga Super 2011



credit: Sokernet

Terengganu benam Sabah

Terengganu merapatkan jurang kepada hanya satu mata di belakang pendahulu Liga Super, Selangor selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi. 

Tatkala Selangor tercicir mata apabila tewas kepada Kelantan 0-1 di Kota Bharu, Terengganu memastikan tiga mata sekalipun tuan rumah, Sabah mendahului pada babak kedua selepas dengan jaringan Sharul Azhar Ture pada minit ke-59.Namun skuad Irfan Bakti Abu Salim bangkit menyamakan kedudukan menerusi Abdul Hadi Yahya dua minit kemudian sebelum Wan Mohd Alif Wan Jasmi meledak gol kemenangan pada minit ke-71.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team menewaskan Kedah 3-1 dengan anak buah Yunus Aliff tidak menunggu lama untuk membolosi gawang Kedah menerusi Indra Putra Mahayuddin yang merembat deras hantaran lintang Harris Safwan Kamal, dua minit sebaik permainan bermula. Kedah memastikan kedudukan kembali seimbang sebelum rehat menerusi Baddrol Bakhtiar yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Syamsuri Mustaffa selepas pemain pertahanan, Sobri Sulong gagal mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti. Namun T-Team menambah dua gol lagi menerusi pemain gantian, Shamsul Kamal Mohamad (m-83) dan Zairol Anuar Zailani pada masa tambahan. 

Di Stadium Perak, Ipoh, tuan rumah menundukkan Kuala Lumpur 5-3 hasil gol Razali Umar Kandasamy (m-1), gol sendiri Ahmad Dashila Tajuddin (m-34), Fazrul Hazli (m-60), Shafik Jamal (m-66) dan Mohd Nor Hazrul (m86). Kuala Lumpur yang dibimbing Razip Ismail merapatkan jurang dengan gol See Kok Luen (m-13), Ahmad Hazwan Bakri (m-64) dan Khairul Anuar Shafie (m-90). 

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Pahang mengecewakan Perlis 2-1 hasil jaringan Faizol Hussain (m-25) dan Famirul Asyraf Sayuti (m-81), sementara Mohd Rizal Ghazali (m-70) merapatkan kedudukan buat tuan rumah. 

Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A seri 1-1 dengan Negeri Sembilan hasil jaringan Kavi Chelvan (m-9) dan sekali lagi anak buah Ong Kim Swee terlepas mata penuh apabila Mohd Fadhli Shas tertampan cubaan Shahurain Abu Samah (m-15) untuk gol pelawat. 

Di Stadium KLFA Cheras, FELDA United seri tanpa jaringan dengan Johor FC.-BH
Perak vs K.Lumpur

Selangor kecundang





Penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Kelantan membenam pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 malam tadi.Gol menerusi tandukannya seawal minit keempat pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu itu sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga.
Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus melakukan asakan untuk mendapatkan gol awal dan Norshahrul yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola menewaskan Saiful Amar Sudar di gawang Selangor.
Segala-galanya berpunca daripada lontaran ke dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan.
Selangor yang masih mendahului kedudukan Liga Super dengan mengumpul 32 mata, hampir menyamakan kedudukan seminit kemudian, tetapi sepakan sudut Safiq Rahim gagal disudahkan oleh jentera serangan K Devan. 

Pasukan pelawat mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang keemasan menyamakan kedudukan sepanjang babak pertama, tetapi dua sepakan percuma dari luar kotak penalti, sekadar tersasar jauh dari gawang Kelantan. 

Peluang Selangor hadir pada minit ke-23 menerusi pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang menanduk bola hasil sepakan percuma Amri Yahyah, namun sedikit melepasi palang gol.
Selang enam minit kemudian, Norshahrul sekali lagi mencemaskan benteng Selangor apabila rembatannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar.
Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor bermula garang menerusi rembatan Amri dari penjuru kanan gawang Kelantan yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, namun ia sekadar singgah di tiang gol.
Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya turut berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, namun rembatannya selepas menerima umpanan Norshahrul dihalang pertahanan Selangor.
Penghujung babak perlawanan, penyerang Selangor, Fadzli Saari mampu mengubah keputusan perlawanan, namun rembatan kencangnya sedikit tersasar.
Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan perlawanan tersebut.
Lain-lain keputusan:
Sabah vs T'ganu 1-2
Perak vs K.Lumpur 5-3
T-team vs Kedah 3-1
Felda Utd vs Johor FC 0-0
Harimau Muda A vs N.9 1-1
Perlis vs Pahang 1-2

Injured Woods out of Quail Hollow

Tiger Woods has been forced to pull out of next week's Wells Fargo Championship at Quail Hollow, after suffering an Achilles injury during The Masters at the start of April.

Woods, who had previously been scheduled to play the event in Charlotte, suffered a "Grade 1 mild medial collateral ligament sprain to his left knee and a mild strain to his left Achilles tendon" after playing a shot off pine straw on the 17th during his third round at Augusta National, according to a statement on his official website.
He was able to continue to play in the first major of the year eventually finishing in a tie for fourth after a final round 67 - but after medical advice has been forced to withdraw from his next PGA Tour appearance.Woods, who has not hit a shot since the Masters, has been advised to rest and use cold water therapy, with soft tissue treatment to follow later this week. He is also wearing a protective boot to move around.
There is no definitive time frame for Woods to return to action.
Tiger Woods