Kuala Lumpur vs Selangor |
Jaringan Mohd Badhri Radzi (Piya) pada minit ke-44 telah membantu pasukan Kelantan membawa pulang 3 mata berharga sekaligus menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium J.Corp, malam tadi. Dengan kemenangan tersebut, Kelantan mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga dengan 36 mata.
Selangor berkongsi mata dengan Kelantan namun kekurangan jaringan meletakkan pasukan itu di tangga ke-2. Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor menewaskan K.Lumpur 3-1 dengan dua jaringan dilakukan oleh Rudie Ramli pada minit ke-10 dan 89 serta Safiq Rahim pada minit ke-46. Gol saguhati skuad ibu kota itu dijaringkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-30.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K. Terengganu, pasukan tuan rumah Terengganu tidak mempersia-siakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila menumbangkan pasukan corot, Perlis 3-1. Bagaimanapun, Perlis membuat kejutan awal dengan mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Nik Shahrul Nizam Mohd pada minit ke-17. Terengganu bangkit pada separuh masa kedua untuk menjaringkan gol menerusi Abdul Manaf Mamat (min-54,76) dan Ashaari samsudin(min-67).
Hairudin Omar muncul wira pasukan Negeri Sembilan dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-55 dan 72 manakala Mohd Khairul Ridzwan membuka tirai jaringan pada minit ke-33. Gol tunggal Perak dihasilkan oleh Razali Umar Kandasamy pada minit-minit akhir perlawanan.
Manakala perlawanan lain berakhir dengan keputusan seri. Pahang seri tanpa jaringan dengan Felda United. Kedah pula terikat 1-1 menentang Sabah. Gol Kedah dijaringkan oleh Shafizan Hashim (min-12) dan Mohd Faris Idris menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi sepakan penalti.
No comments:
Post a Comment