Saturday, 7 May 2011

Australia kecewakan Malysia


Malaysia tewas 1-2 kepada pasukan No. 1 dunia, Australia pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-20 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh semalam. "Walaupun kami kalah tetapi saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh para pemain negara," jelas jurulatih, Tai Beng Hai. Katanya, para pemain negara berjaya memberi tentangan sengit kepada pasukan bertaraf dunia itu. 
Namun begitu katanya, Australia yang lebih berpengalaman berjaya mencipta gol kemenangan pada saat-saat akhir perlawanan. Malaysia mengejutkan juara Piala Dunia itu melalui jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil pada minit ke-23 setelah melakukan larian solo melepasi pertahanan Australia.
Namun pintu gol Malaysia roboh melalui pukulan sudut penalti oleh Simon Orchard pada minit ke-59 sebelum Jason Wilson menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit terakhir perlawanan juga menerusi pukulan sudut penalti.
Pada perlawanan lain, Pakistan menewaskan Korea Selatan 4-2.

No comments:

Post a Comment