Monday 2 May 2011

Chong Wei ungguli Terbuka India




Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei (gambar) menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-12, 12-21, 21-15 pada perlawa- nan akhir di New Delhi semalam.
Bagaimanapun, Chong Wei, 28, yang belum pernah meraih sebarang gelaran di India memerlukan masa satu jam, dua minit untuk menjinakkan lawannya itu.
Ini merupakan gelaran keempat Chong Wei tahun ini selepas menjuarai Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia dan Seluruh England.
Diletakkan sebagai pemain pilihan utama pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$200,000 (RM592,200) itu, Chong Wei diberi tentangan sengit oleh Gade sebelum menang.
Selepas menang mudah set pertama, Chong Wei seperti memperlahankan rentak permainan pada set kedua, sekali gus memberi ruang kepada Gade untuk bangkit.
Selepas terikat 8-8 pada suatu ketika, Gade memungut empat mata berturut-turut dan tidak menoleh ke belakang lagi apabila Chong Wei kerap menghantar bulu tangkis keluar gelanggang.
Bagaimanapun, set ketiga jelas menyaksikan skrip berbeza apabila Chong Wei terus memimpin permainan dari awal hingga akhir menerusi pukulan-pukulan bertenaga.-Kosmo

No comments:

Post a Comment