Kedah vs Selangor |
Harimau Muda A vs Perak |
Selangor kembali menerajui persada Liga Super selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi tapi harus sedar status itu mungkin bersifat sementara. Kedudukan itu mungkin berubah andai Kelantan yang tidak beraksi dapat menewaskan Negeri Sembilan di Paroi, malam ini.
Pasukan kendalian K Devan terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk membuka jaringan menerusi Fadzli Shaari yang menyempurnakan tolakan cantik Mohd Amri Yahyah pada minit ke-59 untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias. Selangor memastikan kemenangan selesa apabila Rudie Ramli menyudahkan umpanan cantik P Gunalan tiga minit sebelum tamat permainan.
Sementara itu, Johor FC menyekat impian besar Terengganu mendahului carta apabila menang 2-1 di Stadium JCORP. Gol pasukan tuan rumah adalah sumbangan Mohd Khairul Ismail pada minit ke-14 dan Mohd Izuan Jarudin (minit ke-17) manakala gol sagu hati pelawat menerusi Abdul Manaf Mamat (minit ke-53).
Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A terlepas peluang mengutip mata penuh apabila sekadar seri 1-1 bertemu Perak. Jaringan Gary Steven Robbat pada minit terakhir babak pertama muncul penyelamat buat pasukan kendalian Ong Kim Swee selepas pelawat mendahului menerusi Wan Hossen Wan Abdul Ghani, minit ke-47.
Di Stadium KLFA Cheras, Perlis pulang hampa apabila tuan rumah, Kuala Lumpur bangkit pada babak kedua untuk menang 3-0. Ahmad Hazwan membuka tirai jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-50 hasil sepakan penalti sebelum menambah dua lagi jaringan menerusi Mohd Badrul Hisyam Azmi (m-77) dan Azmi Sarmin (m-78).
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team menundukkan FELDA United 2-0. Tuan rumah membuka tirai jaringan minit kedua hasil sumbangan Indra Putra Mahayuddin dan gol kedua menerusi Mohd Badrul Hisani Abd Rahman (m-86).
Di Stadium Likas, Sabah menjadikan Pahang sebagai mangsa apabila menang 2-0 hasil jaringan Shahrul Azhar Tore (m-36) dan Zaininzam Marjan (m-71).
No comments:
Post a Comment