Sunday, 1 May 2011

Nicol, Nafiizwan juara

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila merangkul gelaran kelapannya manakala Mohd. Nafiizwan Adnan mengejutkan pilihan utama, Ong Beng Hee pada perlawanan akhir Kejohanan Individu Asia ke-16 yang berakhir di Pulau Pinang semalam.
Nafiizwan, yang mengejutkan pilihan kedua, Farhan Mehboob dari Pakistan pada saingan separuh akhir semalam, meneruskan rentak cemerlang dengan menjinakkan pilihan utama itu 11-7, 7-11, 11-7, 11-8 dalam masa 64 minit.
Pemain berusia 25 tahun dari Terengganu itu berkata, beliau tidak pernah berfikir dapat menewaskan Beng Hee tetapi keazamannya bertambah kuat selepas mengalahkan Farhan sebelum layak ke final.
Dalam pada itu, Nicol yang juga pemain No. 1 dunia tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan pemain Hong Kong, Annie Au Wing-Chi 11-3, 11-2 dan 11-5 dalam masa 23 minit pada aksi yang berlangsung di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David di Bukit Dumbar itu.
Sebelum ini, Nicol, 27, menjuarai kejohanan itu pada 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010. Nicol berkata, beliau berharap untuk kembali beraksi pada Kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai ini.

No comments:

Post a Comment