Kami akan memastikan tidak pulang dari Kota Bharu dengan tangan kosong supaya dapat kekal di tangga kelima liga,” kata penyerang utama Kedah, Badrul Bakhtiar.
Menurutnya, mereka tidak bernasib baik kerana gagal mengutip mata penuh ketika bertemu Sabah di Stadium Darulaman, Selasa lalu kerana walaupun menguasai permainan, kegagalan menepati sasaran memaksa mereka berkongsi mata dengan pelawat.
“Ketika ini persefahaman bertambah baik, hanya kegagalan percubaan kami, termasuk dari saya dan juga rakan penyerang lain iaitu Faizal (Abu Bakar) dan Mohd Syakir (Ali) menyebabkan kami gagal menang.
“Kami sedar tugas menanti di Kota Bahru dan ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan sudah menyiapkan kami secara mental untuk menghadapi asakan dan juga memastikan kami berjaya membocori gawang lawan.
“Kini kami beraksi dengan kemampuan sebenar dan permainan juga sudah bertambah mantap berbanding awal musim dan ini pastinya mencerahkan harapan membawa pulang mata dari Kota Bharu,” katanya.
Katanya, permainannya juga sudah bertambah baik dan dia juga dapat beraksi secara bebas ketika ini sekali gus memberikan peluang kepadanya untuk membuka ruang kepada rakan sepasukan mencuri peluang menjaringkan gol. “Musim lalu kami berjaya memastikan Kelantan gagal menang, hanya pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia musim lalu saja kami tewas 1-0.
“Kelantan musim ini lawan yang berbeza terutama selepas mereka menjuarai Piala Malaysia musim lalu dan mereka beraksi lebih baik ketika bermain di gelanggang sendiri.
Sementara itu di kem Kelantan, aksi yo-yo kapten The Red Warriors, Mohd. Badri Radzhi dalam beberapa perlawanan sebelum ini, menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan peminat pasukan itu.
Ekoran keluhan peminat The Red Warriors, Mohd. Badri atau Piya akhirnya tampil dengan aksi bertenaga, dengan meledak dua jaringan penting ketika bertemu Kuala Lumpur dan Johor FC, yang membantu Kelantan kembali meneraju Liga Super.
Bertindak selaku 'arkitek' pasukan, dia berdepan tuntutan cukup berat untuk memastikan Kelantan meneruskan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan Skuad Kenari dalam perhitungan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, hari ini.
Menyedari tekanan tinggi yang digalas, anak jati kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu itu melaungkan keyakinan untuk terus mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan gerakan yang dihasilkan dapat disudahkan dengan sempurna oleh barisan penggempur berbisa Kelantan seperti Norshahrul Idlan Tahala, S. Chanturu, Muhammad Razmul Zahini Adenan, Nizab Ayub mahupun Muhammad Khalid Jamlus.
Kebijaksanaan serta ketenangan Piya mengemudi jentera tengah, amat dituntut untuk merencanakan gerakan serta membuka peluang kepada jentera serangan.
"Menumbangkan Kedah bukan satu tugas yang mudah. Biarpun beraksi di tempat sendiri, mereka liat untuk ditumbangkan. "Lihat sahaja perlawanan pusingan pertama lalu, kami hanya mencatatkan keputusan seri meskipun mempunyai banyak peluang gol namun gagal di manfaatkan.
"Perlawanan malam ini cukup penting buat Kelantan dalam usaha terus menjarakkan kedudukan dengan Selangor dan Terengganu. "Tiga mata harus diraih. Jadi untuk perhitungan kali saya dan rakan-rakan sudah bersedia sepenuhnya," katanya ketika temui di sini semalam.
Tambahnya, tumpuan dan komitmen lebih seratus peratus perlu diberikan sepanjang perlawanan jika Kelantan mahu terus kekal sebagai peneraju liga. "Perlawanan sepanjang bulan lalu dan bulan ini akan menjadi penentu siapa yang akan menjuarai liga musim ini,'' katanya.
Lain-lain perlawanan:
Selangor vs Johor FC
Terengganu vs K.Lumpur
Perak vs Pahang
Sabah vs N.Sembilan
Felda Utd vs Harimau Muda A
Perlis vs T-Team
No comments:
Post a Comment