Thursday, 12 May 2011

Pemilihan skuad Malaysia vs Hong Kong

Ketiadaan seorang pun pemain skuad Olimpik negara dalam senarai skuad senior yang bakal menentang Hong Kong dalam siri persahabatan antarabangsa pada 3 Jun ini menyaksikan skuad kendalian K Rajagobal kali ini menampilkan wakil seimbang dari setiap pasukan Liga Super.

Antara tonggak utama skuad Olimpik yang tidak tersenarai ialah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan dan Rajagobal memilih Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu), Mohd Nasril Mat Nourdin (Perak) dan Syed Adney Syed Hussein (Sabah) bagi menjaga gawang negara.

Ketua jurulatih kebangsaan itu turut memanggil semula penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali yang kini beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC untuk bergandingan kembali dengan penyerang berbisa dari Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang kini menerajui senarai penjaring Liga Super. 


Beberapa pemain yang sebelum ini terlepas peluang menyarung jersi kebangsaan akibat kecederaan, turut disenaraikan Rajagobal. Mereka ialah Mohamad Azmi Muslim dan Baddrol Bakhtiar (Kedah), Mohd Nasriq Baharom (Selangor) serta S Chanturu (Kelantan). 

Antara muka baru bakal diuji Rajagobal ialah barisan pemain Terengganu - Helmi Remeli, Ismail Faruqi Ashari dan Abdul Hadi Yahya - yang bakal menemani Sharbinee dan Mohamad Ashaari Samsuddin dalam skuad kebangsaan. 

Mohd Farisham Ismail dari Kelantan turut diberi peluang membuktikan kemampuan sebagai persiapan menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan 29 Jun ini. 



Tidak tersenarai:


Khairul Fahmi Che Mat


Mohamad Muslim Ahmad
Khairul Fahmi, Ahmad Fakri Saarani, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan (Olimpik) , Sabree Abu, Farizal Marlias, Rizal Fahmi (Gugur)

Kekal:
Aidil Zafuan Abdul Razak

Safiq Rahim

Norshahrul Idlan Talaha

Sharbinee Alawee
Sharbinee Alawee, Amar Rohidan Azmi Muslim, Badrol Bakhtiar, Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra, Azidan Sarudin, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S. Kunalan, Ashaari Samsudin, S. Chanturu, NorShahrul Idlan Talaha, Shahrizal Saad. 

Muka baru:
Syed Adney

Ismail Faruqi Ashaari

Safee Sali

Nasriq Baharom (SEL), Nasril Nourdin PRK), Helmi Remeli, Ismail Faruqi, Hadi Yahya (TER), Shahrom Kalam (KL), Syed Adney (SBH), Safee Sali (Pelita FC), Farisham Ismail (KEL). 







Episod duka hoki terus berulang


Penyakit lama berulang kembali! Itu yang dapat dirangkumkan apabila melihat persembahan skuad hoki negara ketika tewas 2-3 kepada New Zealand pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, semalam.

Apa tidaknya, pada perlawanan menyaksikan skuad negara tewas buat kali keempat berturut-turut itu, anak buah Tai Beng Hai pada mulanya berjaya mengikat kedudukan 2-2 bagaimanapun melepaskan peluang untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata berharga apabila hilang fokus seminit sebelum tamat perlawanan sehingga menyaksikan lawan dihadiahkan pukulan sudut penalti.

Steven Edwards tidak mensia-siakan peluang itu apabila menguis masuk menewaskan penjaga gol negara, Roslan Jamaluddin sekali gus memberikan kemenangan untuk New Zealand manakala skuad negara sekali lagi melangkah keluar dari padang dengan wajah hampa.

Meskipun tidak dinafikan semua pemain negara mempamerkan semangat juang tinggi, penyudah yang tumpul serta kealpaan pada saat akhir menyaksikan skuad negara terpaksa menelan pahit tewas kepada semua lawan, termasuklah kepada Britain pada perlawanan pertama serta India pada perlawanan ketiga.

Terdahulu pada perlawanan semalam, New Zealand di depan apabila Nicolas Wilson melakukan tolakan dengan baik hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-16 sebelum Muhammad Izzat Mohd Rahim menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang pada minit ke-30.

Isu bakar bendera Kelantan

Kelab Penyokong Siber Bola Kelantan (kelate.net) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap penyokong bola sepak Negeri Sembilan berhubung insiden membakar bendera Kelantan ketika perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.
Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, tindakan tersebut dilihat cuba menghina pasukan Kelantan dan ia bertentangan dengan semangat kesukanan.
Menurutnya, tindakan tersebut dilihat boleh mencemarkan imej penyokong negeri itu biarpun dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Tambahnya, sewajarnya penyokong bola sepak Negeri Sembilan lebih rasional dan tidak terikut-ikut dengan perasaan sehingga boleh mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua pihak.
Mahizi memberitahu, tindakan penyokong tersebut juga merupakan satu provokasi yang mungkin akan dibalas kembali oleh penyokong Kelantan ketika mereka beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV nanti.
Bagaimanapun beliau meluahkan keyakinan bahawa penyokong setia The Red Warriors supaya tidak melatah dengan provokasi ini dan mengekalkan semangat kesukanan serta tidak melakukan perkara yang sama.

Barcelona retain La Liga crown with Levant tie

Barcelona coach Pep Guardiola and leading scorer Lionel Messi described their 2011 La Liga crown as the toughest of titles after securing top spot with a 1-1 draw at Levante today. Seydou Keita's header put the Catalans ahead and, despite Gerard Pique's error allowing Felipe Caicedo to level, Pep Guardiola's men held on to secure the trophy.
It was a third league championship in three years for the Catalan club but it was a far from vintage performance as they contented themselves with a point at the Ciutat de Valencia stadium where they also won the 2005 league title.
The draw left them on 92 points with two matches left, six ahead of arch-rivals Real Madrid who they bettered in head-to-head matches 6-1.
Seydou Keita



Lionel Messi


Pep Guardiola













Wednesday, 11 May 2011

Kelantan gagal pintas Selangor


Kelantan gagal merampas kembali tampuk penguasaan Liga Super apabila sekadar seri 0-0 menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi, malam tadi. Keputusan seri itu membolehkan Selangor terus kekal di puncak dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk meraih tiga mata dalam aksi seimbang.

Satu mata ini menjadi penawar buat barisan Negeri Sembilan bimbingan Mohd Azraai Khor yang dikecewakan Sabah 2-0 di Kota Kinabalu, Sabtu lalu. The Red Warriors berjaya memasukkan bola ke dalam gawang Negeri Sembilan tetapi jaringan S Chanturu tidak dikira kerana berada pada keadaan ofsaid pada minit ke-33. 

Ulang tayang menunjukkan penjaga garisan membuat keputusan tepat dengan Chanturu berada di depan Aidil Zafuan Abd Radzak sebelum menolak melepasi penjaga gol. Sebelum itu Norshahrul Idlan Talaha berjaya mengelirukan pertahanan di kiri namun rembatannya tinggi melepasi palang. 

Peluang terbaik buat tuan rumah hadir menerusi pemain veteran Shukor Adan dua minit sebelum rehat tetapi tandukannya ditepis Khairul Fahmi Che Mat.  Hairuddin Omar berjaya meloloskan diri pada minit ke-80 tetapi gagal mengulangi jaringan menakjubkan ke atas Perak apabila percubaan kencangnya dinafikan Khairul Fahmi. 

Khalid Jamlus begitu hampir mencuri kemenangan buat pelawat tetapi jaringannya juga tidak dikira kerana ofsaid pada minit-minit terakhir meninggalkan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata. 

City win race for fourth place


Manchester City qualified for the Champions League for the first time as Peter Crouch's own goal gave them the decisive victory over Tottenham at Eastlands.
Crouch's strike here late last season sent Spurs into Europe's elite competition at City's expense - and he was unwittingly involved at the same end again as he deflected James Milner's cross past keeper Carlo Cudicini in the first half.
It proved enough to give Roberto Mancini's side the win they required after a tension-riddled affair controlled for long spells by Spurs, who dominated possession in the second half to test the nerves of an increasingly anxious City support.
Celebrations swept around Eastlands as referee Mike Dean sounded his final whistle to send City into the Champions League, the destination desired by the club's Abu Dhabi hierarchy from the moment they started to bankroll the club in such lavish fashion.
And Carlos Tevez added to the sense of elation for City with a lively cameo as a late substitute in which he set up a chance for Patrick Vieira and was only denied a goal by a fine stop from Cudicini, who replaced the injured Heurelho Gomes.



Peter Crouch



Joe Hart




Roberto Mancini



Tuesday, 10 May 2011

India ratah anak didik Beng Hai



Malaysia gagal lagi. Selepas mengharungi tiga perlawanan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlangsung di Ipoh, Perak, skuad negara masih gagal memungut sebarang mata.
Semalam, mereka dikecewakan oleh India apabila tewas 2-5. Ia merupakan kekalahan ketiga skuad bimbingan Tai Beng Hai itu setakat ini selepas tumpas 1-3 kepada Britain pada aksi pembukaan diikuti kekalahan 1-2 kepada Australia pada perlawanan kedua.
Kini, hasrat Malaysia menjadi salah satu daripada empat pasukan terbaik pada kejohanan kali ini semakin pudar. Malaysia gagal mengulangi kejayaan menundukkan India 4-3 pada perlawanan separuh akhir Sukan Asia di Guangzhou, China tahun lalu.
Pada aksi semalam, India yang menduduki ranking kesembilan dunia hanya mengambil masa lapan minit untuk memecah kebuntuan melalui jaringan padang oleh Roshan Minz.
Pintu gol Malaysia yang dikawal S. Kumar bolos lagi melalui tolakan deras Mandeep Antil pada minit ke-18. Jaguh pukulan sudut penalti India, Rupinder Pal Singh mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan gol ke tiga pada minit ke-22.
Seminit sebelum masa pertama tamat, pemain muda negara Muhammad Azammi Adabi merapatkan jurang gol apabila mencatat nama sebagai penjaring menerusi gerakan padang. Begitupun, pada 30 saat terakhir separuh masa pertama, India memperoleh gol keempat melalui Sunil Sowmarpet sebelum Mohd. Shahrun Nabil Abdullah menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-43.
India mendapat gol kelima pada minit ke-69 menerusi Mandeep Antil, sekali gus mengukuhkan kedudukan bagi merebut empat pasukan terbaik pada kejohanan kali ini.
Terdahulu, Australia mula menunjukkan belang apabila membaham Pakistan, 5-1. Britain pula menumpaskan New Zealand 3-1 untuk merakam kemenangan keempat, sekali gus melonjak ke kedudukan teratas saingan tujuh negara itu. 

Gergasi Merah rampas persada liga



Kedah vs Selangor

Harimau Muda A vs Perak

Selangor kembali menerajui persada Liga Super selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi tapi harus sedar status itu mungkin bersifat sementara. Kedudukan itu mungkin berubah andai Kelantan yang tidak beraksi dapat menewaskan Negeri Sembilan di Paroi, malam ini.

Pasukan kendalian K Devan terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk membuka jaringan menerusi Fadzli Shaari yang menyempurnakan tolakan cantik Mohd Amri Yahyah pada minit ke-59 untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.  Selangor memastikan kemenangan selesa apabila Rudie Ramli menyudahkan umpanan cantik P Gunalan tiga minit sebelum tamat permainan. 

Sementara itu, Johor FC menyekat impian besar Terengganu mendahului carta apabila menang 2-1 di Stadium JCORP. Gol pasukan tuan rumah adalah sumbangan Mohd Khairul Ismail pada minit ke-14 dan Mohd Izuan Jarudin (minit ke-17) manakala gol sagu hati pelawat menerusi Abdul Manaf Mamat (minit ke-53). 

Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A terlepas peluang mengutip mata penuh apabila sekadar seri 1-1 bertemu Perak. Jaringan Gary Steven Robbat pada minit terakhir babak pertama muncul penyelamat buat pasukan kendalian Ong Kim Swee selepas pelawat mendahului menerusi Wan Hossen Wan Abdul Ghani, minit ke-47. 

Di Stadium KLFA Cheras, Perlis pulang hampa apabila tuan rumah, Kuala Lumpur bangkit pada babak kedua untuk menang 3-0. Ahmad Hazwan membuka tirai jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-50 hasil sepakan penalti sebelum menambah dua lagi jaringan menerusi Mohd Badrul Hisyam Azmi (m-77) dan Azmi Sarmin (m-78). 

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team menundukkan FELDA United 2-0. Tuan rumah membuka tirai jaringan minit kedua hasil sumbangan Indra Putra Mahayuddin dan gol kedua menerusi Mohd Badrul Hisani Abd Rahman (m-86). 

Di Stadium Likas, Sabah menjadikan Pahang sebagai mangsa apabila menang 2-0 hasil jaringan Shahrul Azhar Tore (m-36) dan Zaininzam Marjan (m-71). 

Glover wins after Quail Hollow play-off


Lucas Glover clinched the Wells Fargo Championship on Sunday - but only after making a par on the first hole of a sudden death play-off.
Glover, the 2009 US Open champion, held his nerve despite being forced into an extra hole by Jonathan Byrd - a close friend who the American estimates he has played over 100 competitive rounds with.
Despite the personal friendship, the 31-year-old was still delighted to defeat him. Byrd holed a 15-foot putt at the final hole to force a play-off with Glover, but it would not prove to be enough.
Glover looked to have done enough to win the tournament when he got into the clubhouse at 15-under, having come through the Green Mile - the devilish final three holes at Quail Hollow - unscathed.
After entering the stretch with a one-shot lead, he escaped with pars at 16 and 17, never appearing particularly convincing, and then looked to have landed himself in trouble by sending his tee shot at 18 well wide of the fairway. But, with the ball beneath his feet on an elevated lie, he managed to get the ball onto the fringe - and then got down in two from there.
That meant Byrd, who held the overnight lead, needed a birdie at the last in order to force sudden-death battle - and he duly obliged, with a devastating one-two punch of approach shot and then putt.
Rory Sabbatini completed at 14-under after a final-day 65, with Bill Haas at 13-under.
There was controversy around Padraig Harrington, who escaped punishment after being reported by a spectator for allegedly teeing up in front of the markers at the 13th hole. Harrington completed the tournament at ten-under after a final-day 68, which was achieved despite hitting just 21% of his fairways. The Irishman looked on course to push the leaders all the way, before coming unstuck at the last, bogeying the 17th and 18th.
Phil Mickelson, playing in his first tournament since The Masters, also completed at ten-under following a 69. Justin Rose and Sergio Garcia both wound up at six-under, while Martin Kaymer - who didn't go below 70 all week - completed at level-par.

Rodriguez treble boosts Liverpool's Euro charge

Fulham 2  vs  5 Liverpool
Dembele(57)     Maxi (1,7,70)
Sidwell(86)       Kuyt (16)
                      Suarez (75)

Maxi Rodriguez scored his second hat-trick in three games as a rampant Liverpool crushed Fulham to boost their hopes of reaching the Europa League.
Rodriguez put Liverpool ahead after 32 seconds, and volleyed a second before Dirk Kuyt made it 3-0 on 16 minutes.
Moussa Dembele gave Fulham hope with a crisp finish from Bobby Zamora's pass.
Rodriguez smashed a spectacular third from 25 yards and Luis Suarez rounded Mark Schwarzer to make it 5-1 before Steve Sidwell fired a late consolation.
The Reds are two points clear of Tottenham, who play Manchester City on Tuesday and travel to Anfield on Sunday for a game that is effectively a play-off for the Europa League spot.







Luis Suarez

Steve Sidwell

Mark Hughes

Maxi Rodriguez