Sunday 17 July 2011

Mohd Arif juarai Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah


Mohd Arif Abdul Latif


Pemain remaja kebangsaan, Mohd. Arif Ab Latif muncul juara setelah menewaskan Chan Kwong Beng pada Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah di Dewan Badminton Persatuan Badminton Kedah (KBA), Alor Setar semalam.
Kemenangan Mohd. Arif merupakan kejayaan kedua selepas meraih kejuaraan sama pada Terbuka Kuala Lumpur selepas menewaskan wakil BAM-Perak, Kwong Beng yang juga juara Terbuka Kedah tahun lalu.
Pemain berusia 22 tahun yang mewakili BAM-Negeri Sembilan itu menerima tentangan sengit daripada Kwong Beng, 23, sebeum meraih kemenangan 21-15, 11-21, 25-23 pada permainan selama sejam.
Pada set ketiga, Kwong Beng menekan Mohd. Arif dengan saling mengejar mata bermula pada mata 17 dalam saingan yang cukup mendebarkan. Bagaimanapun, kemenangan akhirnya berpihak kepada Mohd. Arif dengan kedudukan 25-23.
Naib juara Remaja Asia 2007 membawa pulang wang tunai RM4,000, manakala Kwong Beng menerima RM2,000.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Biotekno- logi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah.
Bagi perseorangan wanita yang menemukan adik beradik, Sonia Cheah Su Ya yang berhasrat untuk membalas dendam menewaskan kakaknya, Lydia Cheah Li Ya tidak kesampaian apabila tewas 15-21, 16-21 dalam permainan selama 40 minit.
Pada aksi beregu campuran Mohd. Fairu- zizuan Mohd. Tazari-Ng Hui Lin menewaskan pasangan, Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei 21-13, 21-15.
Bagi beregu wanita pula, pilihan kedua kejohanan, Chin Eei Hui-Goh Liu Ying menepati ramalan apabila muncul juara setelah mengenepikan pasangan Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei 21-14, 21-18.
Beregu lelaki pilihan pertama kejohanan, Hoon Thien How-Tan Boon Heong pula tidak perlu memerah kudrat apabila meraih kemenangan percuma setelah pasangan Koo Kien Kiat-Mohd. Zakry Ab Latif menarik diri akibat kecederaan yang dialami Kien Kiat.
Pasangan yang mewakili BAM-Kuala Lumpur/Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai RM6,0000.

No comments:

Post a Comment