Juara bertahan, Nicol David dan Azlan Iskandar tidak berdepan masalah untuk merangkul gelaran Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2011 buat kali kedua berturut-turut selepas 13 tahun kejohanan itu tidak diadakan.
“Ini adalah permulaan baik untuk saya dan saya masih ‘laparkan’ kemenangan dalam kejohanan seterusnya,” katanya yang bersedia menghadapi Terbuka Malaysia 2011, 18-23 Julai ini.
Sementara itu, Azlan yang menewaskan ‘musuh lamanya’ Ong Beng Hee pada final lelaki, berkata kejohanan itu menjadi medan pemanas selepas kali terakhir menyertai kejohanan di Terbuka Kuala Lumpur, Mac lalu.
“Berdasarkan persembahan tadi (semalam), saya rasa sudah bersedia untuk Terbuka Malaysia di mana kejohanan itu sepatutnya menjadi kemuncak kepada program saya,” kata pemain ranking ke-10 dunia itu. Dalam perlawanan final ulangan tahun lalu, Azlan tidak menghadapi masalah mendahului dua set awal sebelum Beng Hee bangkit memberikan saingan sengit pada set ketiga namun kemenangan memihak Azlan, 11-7, 11-5, 13-11.
No comments:
Post a Comment