Safee Sali bangkit menjaringkan dua gol untuk memberikan mata penuh kedua buat Pelita Jaya FC sejak penyerang kebangsaan itu menyertai Liga Super Indonesia (ISL) bulan lalu.
Pada perlawanan menentang kelab Bontang FC dari Kalimantan semalam, Safee terpaksa menunggu sehingga ke babak kedua untuk melunaskan harapan peminatnya, baik di Malaysia mahupun Indonesia, sebelum meledak dua gol untuk Pelita Jaya.
Safee membuka jaringan pada minit ke-61 dan menjadikan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-75, sebelum Bontang FC yang menduduki tangga tercorot ISL, merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.
Safee Sali |
No comments:
Post a Comment