Tuesday, 22 March 2011

Gelaran ke-14 buat Wozniacki

Pemain No. 1 dunia, Caroline Wozniacki merangkul gelaran ke-14 dalam karier selepas menewaskan pemain Perancis, Marion Bartoli 6-1, 2-6, 6-3 pada final Kejohanan Tenis Terbuka BNP Paribas di Indian Wells kelmarin.
Pemain Denmark itu memenangi gelaran kedua pada tahun 2011 dan menjadi lapan pemain wanita berlainan untuk menjadi juara dalam tempoh lapan tahun pada kejohanan di gelanggang keras yang menawarkan hadiah berjumlah AS$4.5 juta (RM13.6 juta) ini.
"Ia adalah satu kejohanan yang besar, jadi saya sangat gembira dengan cara saya bermain sepanjang minggu ini dan keputusan saya hari ini (kelmarin)," kata Wozniacki.
"Sekali lagi saya membuktikan bahawa saya boleh menampilkan corak permainan tenis yang hebat dan saya telah menewaskan beberapa pemain yang hebat minggu ini.

No comments:

Post a Comment