Monday 27 June 2011

Pelumba TSG, Shahrul juara berbasikal kebangsaan



Pelumba Terengganu Cycling Terengganu (TSG), Mohd. Shahrul Mat Amin meraih kejuaraan kebangsaan pertamanya apabila muncul juara acara lepas beramai-ramai elit lelaki Kejohanan Berbasikal Kebangsaan 2011 sejauh 176 kilometer dengan masa 4 jam 18 minit 47.263 saat semalam.

Kemenangan itu disusuli berita gembira apabila namanya diselit dalam senarai skuad Sukan SEA, bersama seorang lagi pelumba TSG, Mohamad Saufi Mat Senan, selain dua tonggak Drapac Professional Cycling Team, Mohd. Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli serta pelumba Selangor, Muhammad Rauf Nur Misbah.

Tempat kedua diraih bekas pelumba kebangsaan yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zamri Salleh dengan masa 4:18:48.110s, manakala Ahmad Fallanie Ali dari Kuala Lumpur tempat ketiga.

Kimberley Yap turut melakar sejarah apabila mengecapi kejuaraan kebangsaan pertama apabila mengetepikan pelumba Kedah, Masziyaton Mohd. Radzi dan juara bertahan dari Selangor, Mariana Mohamad di garisan penamat untuk menang dengan masa 2:41:59s.

"Saya gembira kerana kemenangan ini amat bermakna kepada diri saya dan pasukan TSG. Memang inilah yang disasarkan jurulatih kami (Syed Mohd Hussain Syed Mazlan). "Paling gembira saya dapat berita nama saya disenaraikan dalam pasukan kebangsaan ke Sukan Sea 2011 ke Indonesia.

Kejayaan semalam juga bermakna TSG meraih kejayaan berganda selepas Mohd. Saufi muncul juara Kejohanan Grand Prix Kebangsaan Peringkat Pahang (GP Pahang), kelmarin.

Mohd. Adiq Hussainie jelas masih letih akibat penerbangan jauh dari Belgium ke Kuala Lumpur dan hanya di ke-15.

Ketua jurulatih, John Beasley dan jurulatih skuad lebuh raya kebangsaan, Graham Seers mengesahkan nama lapan pelumba termasuk dua tonggak TSG, 
Mohd Shahrul dan Mohamad Saufi akan disenaraikan ke Sukan Sea 2011.

Results
Men: 1. Mohd Shahrul Mat Amin (Terengganu Pro-Asia) 4’18:47; 2. Mohd Zamri Salleh (A. Forces) 4’18:48; 3. Ahmad Fallanie Ali (DBKL) 4’18:51;4. Sayuti Zahit (Utem) 4’20:08; 5. Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (Police) 4’20:09; 6. Nur Amirul Fakharuddin Mazuki (Terengganu Pro-Asia); 7. Mohd Rauf Nur Misbah (Sel) same time; 8. Amir Mustafa Rusli (Police) 4’20:12; 9. Mohd Harrif Salleh (Terengganu Pro-Asia) 4’21:17; 10. Amiruddin Jamaluddin (Utem) same time.
Women: 1. Kimbeley Yap (Swk) 2’41:59; 2. Masziyaton Mohd Radzi (Ked);3. Mariana Mohamad (Sel) same time; 4. Ju Pha Somnet (Nat. back-up) 2’46:06; 5. Mardiana Mohd Radzi (Ked); 6. Suryani Mohamad (Ter); 7. Zahraa Anuawar (Ter); 8. Noor Azian Maslin Sazali (Nat. back-up) all same time; 9. Zanariah Ismail (Joh) 2’48:21; 10. Nurul Syuhada Zainal (Ter) 2’58:33.

No comments:

Post a Comment